Ikuti Kami:

“Nak Jadi Profesor..” – Debut Sebagai Model, Kim Woobin Akui Tak Pernah Terfikir Nak Jadi Pelakon

“Nak Jadi Profesor..” – Debut Sebagai Model, Kim Woobin Akui Tak Pernah Terfikir Nak Jadi Pelakon

Kalau tak jadi pelakon, mesti Kim Woo-bin akan meneruskan kerjayanya sebagai model kan.

Terbaru, Kim Woo-bin telah muncul dalam saluran YouTube Netflix, bagi mempromosikan filem barunya “Officer Black Belt”.

Selain berborak tentang naskhah itu, Kim Woo-bin turut menceritakan bagaimana dia memulakan kerjaya sebagai pelakon. Kongsinya,

Pada mulanya, saya tak pernah terfikir untuk jadi pelakon. Saya hanya mahu jadi model yang bagus dan kemudiannya jadi profesor di jabatan peragaan, untuk melatih model baru.

Namun, dia menambah,

Semasa kerjaya peragaan saya, saya sedar kerja ini memerlukan beberapa lakonan. Ketika saya sedang melakukan penggambaran iklan atau datang mesyuarat, saya diminta untuk berlakon dalam babak tertentu tapi, saya taktau nak buat apa. Jadi, saya mula belajar berlakon untuk jadi model yang lebih baik.

Sambung Kim Woo-bin lagi,

Saya belajar berlakon dari Moon Won-joo dan dia sangat mengagumkan. Dia mengajar saya dengan sangat baik dan dengan semangat yang begitu besar. Pada masa itulah laluan saya berubah sedikit.

Rugi kalau bakat lakonan Kim Woo-bin tersimpan gitu je!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Herald POP

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...