Ikuti Kami:

“Nak Duit Je Diorang Ni” – Umum ‘World Tour’, Peminat Kesal Lihat Layanan Acuh Tak Acuh YG Pada BLACKPINK

“Nak Duit Je Diorang Ni” – Umum ‘World Tour’, Peminat Kesal Lihat Layanan Acuh Tak Acuh YG Pada BLACKPINK

Setelah lama menanti, BLACKPINK akhirnya telah mengumumkan konsert jelajah dunia mereka yang akan menemui peminat tak lama lagi.

Terbaru, akaun rasmi BLACKPINK telah memuat naik satu video promosi, untuk konsert jelajah kumpulan akan datang yang diberi nama ‘DEADLINE’.

Meskipun teruja, peminat rata-rata tidak berpuas hati dengan grafik yang digunakan, dipercayai mempunyai konsep atau tema yang sama seperti ‘world tour’ mereka sebelum ini.

Bukan itu sahaja, kumpulan itu juga masih belum mengeluarkan apa-apa maklumat mengenai kemunculan semula mereka, walaupun hanya ada kurang dari dua bulan lagi untuk konsert mereka bermula.

Komen peminat kesal,

  • Nampak sangat semua benda nak buat last minute.
  • YG ni nak duit je, sebab tu poster pun acuh tak acuh je.
  • Betul ke diorang dah ready untuk world tour?
  • Pasukan kreatif diorang dah takde idea ke macam mana?

Untuk pengetahun, konsert jelajah ‘DEADLINE’ akan bermula pada 5 Julai nanti di Goyang, Korea Selatan, dan dijangka bakal berakhir pada 18 Januari 2026.

Hmm apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   X

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...