Ikuti Kami:

Nafi Dakwaan Dah Berpisah, Reaksi Lee Jongsuk Bila Nama IU Disebut Buat Ramai Terhibur

Nafi Dakwaan Dah Berpisah, Reaksi Lee Jongsuk Bila Nama IU Disebut Buat Ramai Terhibur

Meskipun jarang bercakap tentang satu sama lain di khayalak ramai, hubungan antara Lee Jong-suk dan IU nampaknya masih kekal bahagia hingga hari ini.

Baru-baru ini di sebuah acara, beberapa peminat bertuah berpeluang untuk berborak dan berinteraksi dengan lebih dekat bersama Lee Jong-suk.

Namun perkara lain yang mencuri perhatian adalah, melihat satu video, lelaki itu ada bertanya kepada seorang peminat apakah namanya. Jawab peminat itu membuatkan Lee Jong-suk terkejut,

Lee Ji-eun.

Mendengar nama peminat itu yang sama dengan nama sebenar kekasihnya IU, Lee Jong-suk dilihat terkedu dan ketawa sambil berkata,

Lee Ji-eun..oh. Saya suka.

Dengan ini, netizen juga turut menebak bahawa khabar angin yang menyatakan mereka sudah berpisah sebelum ini adalah palsu.

Malu-malu pula Lee Jong-suk!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   X

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...