Ikuti Kami:

Na Inwoo Kongsi Sebab Terima Watak Dalam Drama ‘Jinx At First’

Na Inwoo Kongsi Sebab Terima Watak Dalam Drama ‘Jinx At First’

Na In-woo yang baru-baru ini tampil dalam drama terbaru, “Jinx At First” yang diarahkan oleh Yoon Sang-ho yang sudah mula ditayangkan pada 15 Jun lalu.

“Jinx At First” merupakan kisah di mana manusia dan sumpahan yang menjalani kehidupan tidak bahagia sebagai takdir hidup dan mereka mengikutnya. Ia adalah drama percintaan fantasi tentang seorang dewi yang keluar dari tempat yang tidak diketahui untuk menyelesaikan misteri dan mengatasi nasib kejam.

Dalam drama itu, Na In-woo memegang watak Gong Soo-gwang, seorang penjual ikan di Pasar Seodong dan dengan sumpahan istimewa. Gong Soo-gwang ialah seorang yang tampan dan baik hati yang menjalani kehidupan yang berubah 180 darjah setelah kehilangan sesuatu yang berharga dalam sekelip mata setelah menjalani kehidupan yang lancar. Perhatian tertumpu kepada jenis kimia yang akan dia cipta dengan Seulbi (Seo-hyun), sebagai ‘dewi tuah’.

Na In-woo berkata,

Walaupun Gong Soo-gwang hidup dalam nasib malang, dia mempunyai daya tarikan seperti hebat yang menunjukkan pelbagai emosi setiap kali dia mengalami kesusahan dan perubahan hidup. Saya dapat merasakannya sekali lagi.

Berikut merupakan kenyataan Na In-woo apabila dia meluahkan pendapat dan perasaannya mengenai watak Gong Soo-kwang.na inwooDia turut menambah,

Kemunculan Gong Soo-kwang pada mulanya sangat menyerupai dengan perwatakan saya. Watak tersebut sangat istimewa apabila watak itu akan tetap berusaha membawa beban sendiri tidak kira betapa sukar pun sesuatu bebanan tersebut, dan watak itu tidak akan menunjukkan kesusahan tersebut melalui ekspresi wajah dan emosi.

Na In-woo turut menambah bahwa bukan sahaja dalam aspek luaran watak, tetapi juga dalam penampilan dalaman. Dia menjangkakan bahawa mereka akan menunjukkan persamaan yang menakjubkan.

Apabila ditanya mengenai kemunculannya dalam “Jinx At First”, dia menjawab,

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengarah Yoon Sang-ho. Dia mencadangkan saya rasa bahawa watak itu sesuai dengan saya jika saya mengadaptasi watak berdasarkan penampilan saya yang sebenar.

na inwooDia turut menyambung,

Karya asal juga menarik dan perkara pertama yang terlintas di fikiran saya ialah watak-watak akan dibawa dengan lebih terperinci dalam drama dan boleh difilemkan dengan cara yang menyeronokkan. Cara setiap watak memenuhi atau menghadapi jangkaan penonton menambah rasa ingin tahu.

Lakonan Na In-woo yang akan menampilkan pelbagai daya tarikan, boleh dilihat dalam drama baharu KBS “Jinx At First”, yang akan disiarkan pada hari Rabu. Memang tidak dinafikan lakonan Na In-woo sangat memberi kesan di samping gandingannya bersama pelakon wanita, Seo-hyun.

Korang tengok tak drama lakonan mereka? Jangan lupa kongsikan pendapat korang mengenai lakonan mereka tau!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...