Murah betul rezeki Na In-woo pada tahun ini!
Dikhabarkan bahawa pelakon lelaki yang sedang meningkat naik itu akan menerajui drama adaptasi webtoon “The Jinx’s Lover”. Malah agensinya turut mengesahkan bahawa dia ada menerima tawaran tersebut dan sedang menelitinya dengan positif.
Drama ini ialah sebuah naskhah fantasi di mana ianya mengisahkan seorang lelaki yang sudah menerima nasibnya yang malang dan seorang dewi yang menerjah ke dunia nyata bagi menghilangkan sumpahannya.
Jika Na In-woo menerima tawaran ini, dia akan melakonkan watak Gong Soo-kwang, seorang pakar bir dan pemilik kepada kedai bir buatan sendiri. Penuh dengan keghairahan di dalam jiwanya, namun dia sentiasa kelihatan tenang dan terjaga. Juga merupakan seorang yang serius, lelaki ini ialah seorang yang sangat mempersonakan sehingga semua wanita pasti akan jatuh cinta ke mana sahaja dia pergi.
“The Jinx’s Lover” dikhabarkan akan memulakan pengambaran pada separuh kedua tahun ini.
Busy betul Na In-woo kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.