Kumpulan rap rock Korea N.Flying secara rasmi telah mengumumkan jelajah konsert baru mereka, ‘2024 N.Flying LIVE ‘HIDE-OUT’.
Pada 1 Disember, N.Flying akan membuat persembahan di Malaysia buat kali pertama di mana ia dianjurkan oleh More Entertainment.
Jelajah ini menandakan babak baru untuk N.Flying sebagai kumpulan empat anggota selepas persaraan ahli Seo Dong-sung dan Cha Hun, bersama Lee Seung-hyub dan Yoo Hwe-seung.
Hal ini diumumkan secara rasmi menerusi media sosial FNC Entertainment.
View this post on Instagram
Maklumat lanjut mengenai konsert ini akan diumumkan tidak lama lagi, jadi nantikan dan kongsikan berita ini!
Sama-sama kita nantikan!