Selepas 16 episod membuatkan hati penonton berbolak-balik, “My Liberation Notes” akhirnya melabuhkan tirainya kelmarin.
Sinopsis
Drama ini mengisahkan tiga beradik yang ingin melarikan diri dari kehidupan mereka yang menyesakkan dan peristiwa yang berlaku apabila orang luar yang misteri datang ke bandar mereka.
Bahagia dengan cara tersendiri
[Amaran SPOILER]
Meskipun ramai yang mengharapkan ending bahagia, namun “My Liberaton Notes” tamat dengan kesudahan terbuka di mana setiap daripada wataknya memulakan dan meneruskan kehidupan yang baru. Yeom Mi-jeong yang kelihatan bebas daripada genggaman bekas kekasihnya, Gu Ja-gyeong yang cuba melawan nafsu meminum alkohol, Yeom Chang-hee yang belajar menjagi pengarah rumah pengebumian dan Yeom Gi-jeong yang berterusan kuat demi hubungan bersama Cho Tae-hun.
Rating tertinggi
Walau bagaimanapun, terdapat respon berbelah dari penonton mengenai ending tersebut. Rata-ratanya mahu melihat Gu Ja-gyeong dan Yeom Mi-jeong bersama dengan pasti namun kesudahannya menggambarkan bahawa mereka seperti ada untuk sama lain dalam melepaskan mereka dari belenggu masing-masing.
Tidak terjejas dek penerimaan itu, rating “My Liberation Notes” menunjukkan peningkatan yang konsisten malah mencatat rekod tertinggi untuk episod terakhir iaitu 6.7%.
Apa pula pendapat anda?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.