Utama K-Pop MV STRAY KIDS ‘Thunderous’ Paling Pantas Capai 100 Juta Tontonan

MV STRAY KIDS ‘Thunderous’ Paling Pantas Capai 100 Juta Tontonan

stray kids

Muzik video “Thunderous” oleh Stray Kids telah capai 100 juta tontonan!

Pada 18 Oktober sekitar jam 9 pagi, muzik video “Thunderous” oleh kumpulan Stray Kids telah berjaya mencapai 100 juta tontonan di YouTube.

Video tersebut dikeluarkan pada 23 Ogos yang lalu jam 5 petang, yang bermaksud telah mengambil masa satu bulan, 24 hari untuk mencapai tonggak tersebut.

“Thunderous” kini menjadi muzik video terpantas kumpulan tersebut untuk mencapai pencapaian ini dan merupakan muzik video yang kelima, setelah “God’s Menu”, “MIROH”, “Back Door” dan “My Pace” yang turut cecah lebih 100 juta tontonan.

Tahniah Stray Kids!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERYouTube
Loading...