Ikuti Kami:

“MV Dengan Kos Pengeluaran Tertinggi” – YG Kongsi Butiran Lanjut Comeback BLACKPINK

“MV Dengan Kos Pengeluaran Tertinggi” – YG Kongsi Butiran Lanjut Comeback BLACKPINK

Siap sedia semua, BLACKPINK akan kembali mendominasi dunia hiburan K-Pop tak lama lagi!

Sebelum ini, YG Entertainment telah mengesahkan bahawa BLACKPINK akan membuat kemunculan semula selepas hampir satu tahun dan sepuluh bulan, pada Ogos ini.

Pada 26 Julai, agensi mengumumkan bahawa BLACKPINK sedang menjalani penggambaran untuk muzik video mereka. Bukan itu sahaja, turut dimaklumkan bahawa kos pengeluaran tertinggi sepanjang masa telah dilaburkan bagi penghasilan muzik video tersebut. Fuh makin tak sabar ni!

Menurut agensi,

BLACKPINK sedang menjalani penggambaran muzik video mereka. Kos pengeluaran tertinggi sepanjang masa sedang dilaburkan ke dalamnya. Memandangkan kami telah bersedia dengan baik dengan rancangan yang teliti, keseluruhan proses berjalan dengan lancar.

blackpink

Selain itu, YG Entertainment turut berkongsi butiran lanjut mengenai kemunculan semula BLACKPINK,

BLACKPINK merancang untuk membangunkan projek berkaitan lagu baharu satu demi satu, bermula dengan kemunculan semula pada bulan Ogos. Konsert jelajah dunia terbesar dalam sejarah juga, akan datang.

Meskipun tarikh tetap kemunculan semula BLACKPINK belum lagi diumumkan namun, peminat boleh menantikan sesuatu yang menarik pada Ogos nanti.

Sama-sama kita tunggu!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...