Ikuti Kami:

Musuh Di ‘The Penthouse’, Uhm Kijoon, Yoon Jonghoon & Bong Taegyu Sertai Program Hiburan Baru tvN

Musuh Di ‘The Penthouse’, Uhm Kijoon, Yoon Jonghoon & Bong Taegyu Sertai Program Hiburan Baru tvN

Walaupun asyik bercakaran dan tikam belakang di dalam “The Penthouse”, nampaknya penonton akan dapat melihat sisi lain Uhm Ki-joon, Bong Tae-gyu dan Yoon Jong-hoon tak lama lagi.

Menurut laporan media, ketiga-tiga pelakon ini bakal menyertai sebuag program hiburan bertemakan pelancongan di tvN, bertajuk “I Won’t Harm You”.

Ianya akan memaparkan bagaimana mereka bertiga menjadi sahabat baik selepas lebih setahun bersama untuk penggambaran “The Penthouse”. Lain daripada drama, ketiga-tiganya akan menonjolkan keakraban di antara mereka.uhm kijoon bong taegyu yoon jonghoonRespon tvN mengenai laporan ini,

Uhm Ki-joon, Bong Tae-gyu dan Yoon Jong-hoon akan muncul dalam program hiburan berkonsepkan hiburan ‘I Won’t Harm You’. Walaubagaimanapun, kandungan spesifik dan aturannya masih belum ditentukan lagi.

Khabarnya, mereka akan memulakan penggambaran untuk program ini selepas “The Penthouse 3” tamai nanti.

Uuuu, pelakon yang jarang muncul dalam rancangan hiburan! Mesti kekok tapi kelakar?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...