Ikuti Kami:

Musuh Dalam ‘A Business Proposal’, Ini 3 Drama Song Wonseok & Ahn Hyoseop Berlakon Bersama

Musuh Dalam ‘A Business Proposal’, Ini 3 Drama Song Wonseok & Ahn Hyoseop Berlakon Bersama

Siapa sangka ‘musuh ketat’ Ahn Hyo-seop dan Song Won-seok di dalam “A Businees Proposal” merupakan sahabat yang baik sebenarnya.

Anda pasti mengetahui kisah Ahn Hyo-seop yang gagal untuk debut bersama GOT7 kan? Rupanya lelaki itu menyertai StarHaus Entertainment setahun kemudian dan menyertai sebuah kumpulan projek ‘One O One’ di mana ianya turut dianggotai oleh Kwak Si-yang, Song Won-seok dan Kwon Do-kyun.

Sempat meriliskan lagu “Love You” pada tahun 2015, kumpulan itu dibubarkan secara rasmi pada 2019.

one o one

Mengekalkan hubungan yang rapat sejak menyertai kumpulan sama, Ahn Hyo-seop dan Song Won-seok bukan lah asing antara satu sama lain.

Malah kedua mereka biasa bertemu dalam drama “My Father Is Strange” sebagai adik-beradik dan Song Won-seok turut menjadi pengawal peribadi Ahn Hyo-seop di dalam “Lovers Of The Red Sky”.

Kini, mereka berdua berlawan antara satu sama lain bagi merebut Shin Ha-ri di dalam “A Business Proposal”.

song wonseok kim sejeong

Siapa sangka Ahn Hyo-seop dan Song Won-seok merupakan rakan yang baik sebenarnya?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...