Utama Rancangan Hiburan Musim Terbaru ‘Law Of The Jungle’ Hanya Rakam Di Korea, Sah Disertai...

Musim Terbaru ‘Law Of The Jungle’ Hanya Rakam Di Korea, Sah Disertai Oleh Gary & Yoon Eunhye

law of the jungle

Terpaksa menangguhkan penggambaran untuk sekian lamanya kerana wabak COVID-19, program “Law Of The Jungle” kini kembali dengan musim terbaru namun hanya dirakamkan di Korea sahaja.

Menurut laporan, rancangan kelangsungan hidup ini telah menjalankan penggambaran di laut selatan Korea selama 2 hari sepanjang cuti perayaan Chuseok pada minggu lepas.

Lebih menyeronokkan musim terbaru ini memaparkan ramai muka baru dan kegemaran ramai iaitu penyanyi rap Gary, pelakon Yoon Eun-hye, leftenan dan juga YouTuber popular Ken Rhee dan pelawak Heo Kyung-hwan.

law of the jungle

Malah desas-desus khabar angin ini kemudiannya disahkan sendiri oleh stesen penyiaran SBS di mana memang benar 4 selebriti tersebut bakal muncul dalam “Law Of The Jungle” dan sudah pun menyelesaikan penggambaran seminggu sebelum ini.

Walaupun hany dirakamkan di Korea sahaja, namun penonton dah meluahkan rasa teruja untuk menonton musim terbaru program ini setelah lama berehat.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERNewsen
Loading...