Ikuti Kami:

“Musim Kedua Sudah Disahkan” – Produser Muzik ‘D.P.’

“Musim Kedua Sudah Disahkan” – Produser Muzik ‘D.P.’

Selain “Squid Game” dan “My Name”, rasanya “D.P.” juga merupakan antara siri Korea di Netflix yang menjadi bualan ramai pada tahun ini.

Dek endingnya yang boleh lagi dikupas, ramai yang mengharapkan agar drama ketenteraan tersebut mempunyai sambungannya nanti.

Harapan mungkin bukan lagi angan-angan, produser muzik, Primary, yang bekerja untuk “D.P.” mengesahkan bahawa musim keduanya bakal dihasilkan nanti, menerusi sebuah temu bual baru-baru ini.

Musim kedua ‘D.P.’ sudah disahkan. Saya berjumpa dengan pengarah Han Jun-hee dan mendengar mengenai intipatinya.

Malah dia juga sempat berbincang mengenai konsep muzik untuk sambungan siri itu nanti.

netflix d.p.

Sekadar pengetahuan, “D.P.” diadaptasi daripada webtoon popular mengisahkan seorang tentera muda bernama Ahn Jun-ho (Jung Hae-in) yang menjalani khidmat ketenteraan wajib seperti lelaki lain di Korea. Namun, dia kemudiannya sedar bahawa kehidupan di markas tentera adalah seperti neraka. Kemudian, pada suatu hari, dia menerima tawaran untuk menyertai unit ‘D.P. (Deserter Pursuit)’, di mana unit ini bertugas untuk mengejar kadet yang melarikan diri daripada latihan mereka.

Ramai mesti dah tak sabar kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...