Ikuti Kami:

Musim Kedua ‘Missing: The Other Side’ Bakal Temui Penonton Disember Ini

Musim Kedua ‘Missing: The Other Side’ Bakal Temui Penonton Disember Ini

Nampaknya, musim kedua “Missing: The Other Side” bakal temui penonton tak lama lagi.

Terbaru, tvN telah berkongsi beberapa foto ketika sesi pembacaan skrip “Missing: The Other Side 2”, menampilkan pelakon Go Soo, Heo Jun-ho, Lee Jung-eun, Ahn So-hee, Kim Dong-hwi, dan Ha Joon.

Bukan itu sahaja, musim kedua drama berkenaan turut dilapor bakal ditayangkan sebagai drama Isnin-Selasa, pada bulan Disember nanti.

Menambah keterujaan penonton, pasukan produksi “Missing: The Other Side 2” turut berkongsi,

Saya ingat kerja berpasukan agak baik semasa musim pertama. Selepas membaca skrip buat kali pertama dalam tempoh dua tahun, saya pasti musim kedua ini akan menjadi lebih istimewa. Sila nantikannya.

missing the other side 2

Bagi yang belum tahu, “Missing: The Other Side” adalah drama fantasi misteri berlatar belakangkan sebuah perkampungan yang dihuni oleh roh, yang hilang ketika mereka masih lagi hidup. Bagi membongkar misteri ini, sekumpulan individu telah berkumpul bagi mencari mayat yang hilang dan cuba mencari tahu nasib mereka sebelum dibawa ke sana.

Sama-sama kita nantikan musim kedua drama ini pada Disember nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...