Ikuti Kami:

Musim Kedua ‘Hospital Playlist’ Sah Mula Tayangan 17 Jun Nanti

Musim Kedua ‘Hospital Playlist’ Sah Mula Tayangan 17 Jun Nanti

Nampaknya bukan khabar angin lagi, tvN sudah pun mengesahkan bahawa siri perubatan popular “Hospital Playlist” akan kembali menyerikan hari-hari penonton bermula 17 Jun nanti!

Kalau anda nak tahu, drama ini membawa kisah lima sekawan yang sama-sama belajar di sekolah perubatan yang sama sebelum bertugas di hospital yang sama. Menampilkan kehidupan normal para doktor dan kakitangan perubatan yang jarang dipaparkan dalam drama perubatan lain, naskhah lakonan Jo Jung-suk, Yoo Yeon-seok, Jung Kyung-ho, Jeon Mi-do dan Kim Dae-myung ini telah menerima sambutan yang baik semasa tayangan musim pertamanya pada oertengahan tahun lalu.

hospital playlist 2

Bukan itu sahaja, “Hospital Playlist” musim kedua turut berkongsi beberapa foto yang diambil ketika sesi pembacaan skrip pertama musim keduanya yang berlangsung pada Januari lalu.

Dah tak sabar nak melihat segala plot yang terganting pada penghujung musim pertama kan? Jadi, jangan lupa saksikan musim kedua “Hospital Playlist” pada Jun nanti di tvN!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...