Ikuti Kami:

“Musim 1 Paling Best” – Kecewa Dengan Ending, Musim 3 ‘Sweet Home’ Raih Reaksi Pra-Kontra

“Musim 1 Paling Best” – Kecewa Dengan Ending, Musim 3 ‘Sweet Home’ Raih Reaksi Pra-Kontra

Selepas tiga musim, siri popular Netflix “Sweet Home” akan melabuhkan tirainya.

Baru-baru ini, Netflix telah melancarkan musim ke-3 “Sweet Home” dengan 8 episod secara keseluruhan.

Untuk musim kali ini, penonton kembali mengikuti perjuangan mangsa yang terselamat di dunia, di mana manusia berubah menjadi raksasa yang didorong oleh keinginan mereka.

Meskipun dinantikan ramai namun, ada yang menyatakan kekecewaan dengan plot dengan pengakhiran yang agak tergesa-gesa. Selain itu, banyak juga watak penting yang dihapuskan secara mendadak, membuatkan cerita menjadi huru-hara.

Bagaimanapun, ada juga yang mendakwa bahawa musim ke-3 lebih baik dari musim sebelum ini dan berpuas hati dengan pengakhirannya. Antara komen yang ditulis,

  • Saya terus berhenti tengok lepas musim ke-2, sebab rasanya konsep drama ini dah berubah.
  • Best la musim ke-3!
  • Musim pertama paling seronok.
  • Musim ke-3 ni seronok cuma pengakhirannya…? LOL.
  • Watak dalam musim pertama paling best. 

Apa pendapat korang pula?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   The Qoo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...