Saban minggu, sudah pasti akan ada kritikan dilemparkan buat drama “Love Next Door”.
Terbaru, ramai mempersoalkan tahap ‘kematangan’ dialog dalam episod terbarunya. Malah hal itu menjadi perbincangan hangat di laman komuniti Korea.
Babak yang dimaksudkan ialah apabila Choi Seung-hyo (Jung Hae-in) mengakui perasaan berkobar-kobarnya buat Bae Seok-ryu (Jung So-min).
Cakap lelaki itu,
Saya tak rasa awak patut berada di sini. Saya akan mula berfikiran teruk, untuk melakukan perkara yang saya tak sepatutnya lakukan.
Balas Bae Seok-ryu,
Boleh sahaja berfikiran sebegitu.
#lovenextdoor: seunghyo, pls keep having bad thoughts 🤭 pic.twitter.com/dOdFNmwGkJ
— ` (@fizasticcc) September 22, 2024
Tambah Choi Seung-hyo,
Kalau berkelakuan buruk?
Wanita itu memberikan respon positif,
Awak juga boleh berkelakuan seperti itu.
Komen penonton yang ‘geli’ mendengar dialog murahan itu,
- Para pelakon mesti melalui waktu yang sukar untuk menghafal dialog ini dan melontarkannya.
- Wow, siapa penulisnya?
- Gelinya, sampai Jung Hae-in pun tak boleh selamatkan.
- Pelik lah skrip dorang..
Apa kata korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.