Nampaknya, tak semua orang gemar dengan konsep (G)I-DLE untuk lagu terbaru mereka.
Baru-baru ini, (G)I-DLE telah melancarkan video tarian untuk lagu mereka “Klaxon” yang dirakam di Pulau Jeju.
Bagaimanapun, muzik video itu telah hangat menjadi kontroversi kerana pakaian yang digayakan ahli dianggap terlalu seksi dan provokatif, lebih-lebih lagi untuk peminat bawah umur.
Dalam satu adegan untuk bahagian rap So-yeon, wanita itu dengan bangga mendedahkan bahagian punggungnya, begitu juga dengan ahli lain yang turut memakai bikini beserta baju putih yang dengan jelas mempamerkan tubuh badan mereka.
Meskipun ada yang mempertahankan kumpulan itu kerana lagu tersebut membawa konsep musim panas namun, ramai yang terus mengkritik mereka tambahan pula muzik video itu tidak menetapkan sekatan umur di YouTube. Jadi, penonton dari semua peringkat umur boleh mengaksesnya.
Antara komen yang ditulis,
- Nampak murah betul mereka.
- Konsep macam ‘Tomboy’ kan dah okay, kenapa nak kena seksi macam ni pula?
- Takde modal lain dah ke?
- Kalau lagu ni memang betul best, tak perlu nak pakai macam ni pun orang akan suka.
- Ini melampau.
Hmm, apa pendapat korang pula?