Ikuti Kami:

“Mungkin Sebab Wajahnya Comel” – Netizen Terkejut Jun Somin Dedah Tinggi Sebenarnya 170cm

“Mungkin Sebab Wajahnya Comel” – Netizen Terkejut Jun Somin Dedah Tinggi Sebenarnya 170cm

Jun So-min sememangnya terkenal dengan wataknya yang ceria dan comel di “Running Man”. Kena usik dengan ‘abang-abang’ ke kalah main permainan ke, pastinya dia akan tersenyum gembira sahaja.

Mungkin disebabkan oleh kecomelannya itu, ramai yang nyata terkejut apabila Jun So-min mendedahkan ketinggian sebenarnya yang rasanya langsung tak disangkakan oleh ramai orang.

Hal ini dinyatakan oleh wanita ini menerusi rancangan radio SBS “Choi Hwa-jung Power Time” baru-baru ini, semasa dia dan pelakon Choi Jung-won mempromosikan filem terbaru mereka iaitu “Your Name”.

tinggi jun somin 170cm

DJ radio tersebut iaitu Choi Hwa-jung mulanya memuji badan Jun So-min yang ramping,

Disebabkan wajahnya yang comel, saya sangkakan dia kecil sahaja. Tetapi dia agak tinggi.

Jun So-min kemudiannya menjelaskan bahawa ketinggian sebenarnya ialah 170cm. Serius lah?

tinggi jun somin 170cm

Katanya lagi, dia menganggap ketinggiannya itu sebagai satu kekurangan sebagai seorang pelakon. Ini kerana apabila melakonkan babak peluk dalam drama genre melodrama dengan pelakon lelaki, dia merasakan bahawa badannya nampak besar.

Selepas pendedahan tersebut, ramai yang meluahkan rasa terkejut dengan kenyataan bahawa Jun So-min mempunyai ketinggian 170cm. Rasa macam mengejutkan sangat!

Disebabkan iras wajahnya yang comel, saya langsung tak terbayang tingginya ialah 170cm.

 

Walaupun saya tahu tetapi disebabkan dia selalu berdiri di sebelah Lee Kwang-soo yang mempunyai ketinggian 192cm, mungkin ramai yang tak perasan.

 

Tinggi Jun So-min ialah 170cm???

 

Saya ingatkan tingginya sama dengan Song Ji-hyo iaitu 168cm.

 

Saya ingatkan dia rendah sahaja…

 

Tingginya dia! Saya ingatkan dia tingginya hanyalah pada sekitar awal 160cm disebabkan mukanya yang comel.

Serius tak sangka Jun So-min setinggi itu! Ternyata wajahnya yang comel telah melindungi ketinggian tersebut.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...