Ikuti Kami:

Muncul Sebentar Pada Penghujung Musim Kedua, Jun Jihyun Dikhabarkan Bakal Terajui Prekuel ‘Kingdom’

Muncul Sebentar Pada Penghujung Musim Kedua, Jun Jihyun Dikhabarkan Bakal Terajui Prekuel ‘Kingdom’

Khabarnya drama “Kingdom” garapan Netflix bakal mempunyai prekuel yang akan dibintangi oleh pelakon popular Jun Ji-hyun.

Menurut satu laporan media, drama zombi berlatar belakangkan zaman bersejarah itu sedang dalam persiapan untuk melancarkan prekuel. Untuk naskhah tersebut, Jun Ji-hyun yang membuat kemunculan istimewa pada penghujung musim kedua “Kingdom” akan menjadi bintang utamanya. Di mana kisah itu berkisar kepada perjalanan watak Ah Shin sehingga menjadi pendekar.

Agak sukar untuk kesemua watak utama ‘Kingdom’ untuk bersama-sama membuat persiapan untuk musim terbaru drama itu memandangkan masalah penjadualan masing-masing. Jadi sambungan kepada naskhah tersebut mungkin hanya akan dapat dihasilkan dua atau tiga tahun lagi.

Jadi kami akan nawa kisah prekuel di mana Jun Ji-hyun akan disertai dengan barisan pelakon yang baru.

prekuel kingdom lakonan jun jihyun

Walaubagaimanapun, satu sumber media lain mengatakan bahawa prekuel itu akan dihasilkan dalam bentuk filem berdurasi 70 minit dan pihak produksi kini sudah pun berada pada peringkat terakhir perbincangan. Difahamkan naskhah itu akan memulakan penggambaran pada Oktober nanti.

Selepas khabar angin yang berterbangan ini, wakil daripada Netflix walaubagaimanapun mendedahkan bahawa tiada apa lagi yang disahkan buat masa ini.

Tiada apa yang sudah ditentukan untuk masa depan ‘Kingdom’ buat masa ini. Tiada apa yang boleh disahkan termasuklah pelakon utama, penulis skrip atau pun pengarah. Bahkan belum pun ada keputusan sama ada prekuel ini akan dihasilkan atau pun tidak.

Hebat betul kalau prekuel “Kingdom” ini benar-benar terjadi! Sebabnya ramai yang teruja ingin tahu mengenai kisah sebenar di sebalik watak Ah Shin.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...