Selepas “Apartment 404”, Jennie BLACKPINK akan kembali menyapa penonton dalam program hiburan baru!
Terbaru, Jennie telah disahkan untuk muncul sebagai tetamu dalam dua episod terakhir “My Name is Gabriel” dengan namanya sebagai Maria.
Untuk pengetahuan, program ini akan mengikuti ahli pergi ke luar negara dan menjalani kehidupan sebagai seorang yang bukan selebriti.
Untuk episodnya nanti, Jennie akan menjalani kehidupan sebagai Maria, pemilik rumah ladang di sebuah kampung berhampiran Rom, Itali. Dia akan menjemput tetamu, memasak, mengadakan kelas memasak dan lain-lain.
View this post on Instagram
Dengan ini, perhatian tertumpu sekiranya Jennie dapat membantu program itu dari rating rendah yang tidak pernah mencecah 2% setakat ini.
Nantikan penampilan Jennie dalam “My Name is Gabriel” yang akan ditayangkan pada 27 September dan 4 Oktober ini!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.