Utama Rancangan Hiburan Muncul Dengan Kostum Kelakar, ‘New Journey To The West 8’ Mula Tayangan...

Muncul Dengan Kostum Kelakar, ‘New Journey To The West 8’ Mula Tayangan Pada 9 Oktober Nanti

new journey to the west musim ke-8

Setelah sekian lama menanti, akhirnya “New Journey To The West” musim ke-8 telah mengumumkan tarikh tayangannya dalam satu situasi yang tidak dijangka.

Sedang semua orang melalui hari-hari mereka dengan tenang, tiba-tiba produksi rancangan itu telah mengadakan penstriman secara langsung dengan tajuk ‘Mukbang Kecemasan’ dan khabarnya hanya ahli yang dapat menjawab dengan betul sahaja yang dibolehkan makan.

​Di dalam penstriman itu, dapat dilihat Kyu-hyun (Super Junior) muncul dengan kostum kisah legenda ‘Nolbu’ sehingga membuatkan ramai penonton tertanya-tanya apakah konsep rancangan itu untuk musim terbaru ini. Apabila ditanya oleh penonton mengenai tarikh tayangan, Kyu-hyun menjawab bahawa ia akan mula bersiaran pada 9 Oktober nanti pada jam 9.10p.m (KST).

Walaupun ramai yang teruja untuk menonton “New Journey To The West” tetapi ada juga yang meluahkan rasa hiba apabila mengetahui bahawa Ahn Jae-hyun membuat keputusan untuk tidak menyertai musim kali ini sekaligus pelakon itu sudah tidak muncul dalam dua musim rancangan ini berturut-turut.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBEROSEN
Loading...