Selepas menunjukkan keserasian mantap dalam “Queen of Tears”, pasti ramai yang berharap agar Kim Soo-hyun dan Kim Ji-won bercinta dalam kehidupan sebenar kan?
Terbaru menerusi laman ‘Bubble’ Kim Soo-hyun, seorang peminat ada menulis buat lelaki itu,
Tolong cepat berkahwin dengan Ji-won. Dedahkan hubungan awak kepada umum dan tunjukkannya dengan lebih jelas daripada sekarang. Tolong nyatakan kepada semua orang bahawa kalian mencintai dan hanya ada satu sama lain. Tolong, Kim Soo-hyun dan Kim Ji-won, berkahwin. Kim Soo-hyun sebagai suami kepada Kim Ji-won dan Kim Ji-won sebagai isteri Kim Soo-hyun.
Sebagai respon, Kim Soo-hyun membalas mesej itu,
Saya harap awak menonton drama itu hanya sebagai drama mulai sekarang.
Dengan ini, ramai menebak bahawa pelakon lelaki itu sepertinya menafikan tentang khabar angin percintaannya bersama Kim Ji-won dan meminta agar peminat tidak melampaui batas.