Ikuti Kami:

Mula Penggambaran April Ini, Jin Jihee & Choi Yebin Dedah Masih Belum Lihat Skrip ‘The Penthouse 3’

Mula Penggambaran April Ini, Jin Jihee & Choi Yebin Dedah Masih Belum Lihat Skrip ‘The Penthouse 3’

Sudah hampir dua minggu berlalu, rata-rata penonton dah mula rindu nak tengok ‘kegilaan’ drama “The Penthouse”.

Bakal memasuki musim ketiga pada Jun nanti, pastinya ramai yang tak sabar menantikan apa lagi plot twist yang bakal membuatkan penduduk Hera Palace menjadi huru-hara. Yang paling penting, pihak jahat atau baik yang akan menang di akhir siri popular itu nanti.

Baru-baru ini, pelakon remaja “The Penthouse” iaitu Jin Ji-hee dan Choi Ye-bin telah menghadiri sebuah rancangan radio bagi bercerita mengenai segala yang berlaku dalam “The Penthouse”.

choi yebin dan jin jihee

Apabila ditanya mengenai musim ketiga nanti, kedua pelakon itu mendedahkan bahawa mereka sendiri tidak tahu apa yang akan terjadi.

Kami masih belum dapat melihat walaupun sepatah perkataan dalam skrip musim ketiga. Kami juga berasa ingin tahu. Apa yang pasti, penggambaran akan bermula pada penghujung April ini.

Memang private & confidential betul skrip “The Penthouse” ini sampaikan pelakon sendiri pun belum tahu lagi nasib watak mereka nanti. Mungkin juga disebabkan ia adalah musim finale, jadi ianya lebih tersimpan kemas supaya dapat beri kejutan buat penonton setia drama ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...