Ikuti Kami:

Mula Biasa, ‘Green Mother’s Club’ Capai Rating Tinggi Kini

Mula Biasa, ‘Green Mother’s Club’ Capai Rating Tinggi Kini

Nampaknya “Green Mother’s Club” menunjukkan prestasi yang mengagumkan kini!

Meskipun bermula biasa sahaja dengan rating 2.5% namun naskhah itu berjaya mengaut catatan dua kali ganda kini apabila episod terbarunya meraih rating 4.5%. Malah ia turut menduduki tangga pertama selama 4 minggu berturut-turut untuk slot tayangan Rabu-Khamis.

Untuk pengetahuan, “Green Mother’s Club” membawa kisah komuniti ibu bapa di sebuah sekolah rendah dan pengaruh mereka di dalam kejiranan yang sama.

jtbc green mother's club

Dalam episod terbaru ini, Lee Eun-pyo (Lee Yo-won) sekali lagi dirundung masalah apabila anaknya yang genius, Dong-seok tiba-tiba menunjukkan perangai yang pelik dan mula menjauh daripada ibunya.

Disebabkan plot yang semakin menarik, rata-rata penonton tak sabar menantikan nasib Lee Eun-pyo dan anaknya.

Ada tak yang layan drama ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...