“Muka Nampak Sombong Tapi..” – Ramai Puji, Peminat Mengaku Lee Soohyuk Antara Artis Korea Paling Baik Pernah Datang Malaysia
- oleh Fareen
- 11 bulan lalu
Kali pertama datang ke Malaysia, ketibaan Lee Soo-hyuk telah meriah disambut peminat!
Pada 16 Julai semalam, Lee Soo-hyuk telah tiba di Malaysia bagi membuat penampilan istimewa untuk acara Samsung Galaxy Unfolds, mempromosikan model telefon terbaru iaitu Galaxy Z Fold 7 dan Galaxy Z Flip 7.
Meskipun ada ramai peminat yang berkerumun bagi berpeluang untuk melihat pelakon itu dengan jarak yang lebih dekat, Lee Soo-hyuk tetap cuba memberikan fan service terbaik buat semua yang hadir.
by far one of the most humble K celebs ive met at work The appreciation and sincerity is through the roof https://t.co/yWU1JznTI5
— Alexhkf (@Alexhkf1) July 16, 2025
Melihat video yang dikongsi, ramai rata-rata memuji sikap Lee Soo-hyuk dan mengaku bahawa dia antara selebriti Korea yang paling ramah dan baik dengan peminat di sini.
Antara komen yang ditulis,
- Mesra je rupanya, muka dia nampak sombong hehe.
- Mesti dia akan datang Malaysia lagi lepas ni sebab ramai peminat dia kat sini.
- Banyak artis Korea dah datang, dia yang paling rendah diri dengan peminat.
- Artis lain banyak muka ketat, dia muka tak lekang senyuman.
Haa popular tau Lee Soo-hyuk kat sini!
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




