Ikuti Kami:

“Muka Dia Macam CG” – Wajah Tampan Cha Eunwoo Dipuji Para Pelakon Filem ‘Decibel’

“Muka Dia Macam CG” – Wajah Tampan Cha Eunwoo Dipuji Para Pelakon Filem ‘Decibel’

Cha Eun-woo ini tak pernah tak jadi topik bualan kan?

Sebelum ini, kami kongsikan yang mana Cha Eun-woo bakal tampil dalam filem “Decibel” yang akan mula ditayangkan hari ini. Dia memegang watak sebagai Jeon Tae-ryong, seorang sarjan pengsan bunyi kapal selam.

Namun, baru-baru ini pelakon Park Byung-eun yang turut menjadi teraju dalam filem tersebut, berkongsi bahawa dia agak terkejut apabila melihat Cha Eun-woo buat kali pertama. Dia berkata,

Dia kelihatan seperti CG. Ini kali pertama saya nampak lelaki setampan ini. 

park byungeunDalam pada itu juga, sewaktu sesi sidang media filem tersebut, Park Byung-eun sekali lagi memuji Cha Eun-woo dengan menyatakan,

Walaupun ini adalah filem pertamanya, saya kagum kerana dia boleh berlakon dengan baik. Rambut pendek begitu pun tampak sesuai dengannya. Dia menambahkan lagi aura kelakian dalam dirinya. 

decibel

Pelakon Jo Dal-hwan yang turut bergandingan bersama Cha Eun-woo sebagai ketuanya, berkata,

Saya dah lama jumpa pelakon yang lain tetapi ini kali pertama saya bertemu Cha Eun-woo yang sempurna. Sangat ‘tidak selesa’ ya berlakon dalam satu skrin bersamanya.

Pelakon lelaki pun banyak puji Cha Eun-woo… memang muka dia handsome sangat!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...