Ikuti Kami:

“Mudah..” – Bakal Terajui Drama Romantik Bersama Jung Yoomi, Kenapa Ramai Kutuk Joo Jihoon?

“Mudah..” – Bakal Terajui Drama Romantik Bersama Jung Yoomi, Kenapa Ramai Kutuk Joo Jihoon?

Khabarnya Jung Yoo-mi bakal kembali dalam drama romantik selepas 4 tahun tayangan “The School Nurse Files”.

“Love On A Single Tree Bridge” mengisahkan kisah cinta satu pasangan yang penuh ghairah pada zaman sekolah, tetapi harus berpisah dengan pahitnya akibat tentangan dalam keluarga dan takdir berbelit. Pun begitu, mereka kembali bertemu selepas 15 tahun dek takdir yang tak diduga.

Apa yang menarik perhatian ramai ialah pengumuman mengenai hero utama yang dikhabarkan akan dibawa oleh Joo Ji-hoon. Meskipun terkenal sebagai pelakon hebat namun berita ini menerima respon bercampur baur penonton.

joo jihoon jung yoomi

Kata mereka di sebuah laman komuniti Korea,

Tak nak tengok..

 

Siapa yang nak tengok drama romantik dengan Joo Ji-hoon..

 

Sebab itu selebriti yang ada skandal boleh kembali dengan cepat.. sebab ada demand..

 

Kenapa ramai lagi yang nak dia?

 

Gila ke asyik offer Joo Ji-hoon?

Sepertinya ramai yang masih belum ‘move on’ dari kes dadah yang terpalit ke atas Joo Ji-hoon pada tahun 2009 di mana dia mengakui mengambil pil khayal dan ketamin.

Netizen Korea memang tak kan lupa tau..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...