Utama K-Pop Muat Naik ‘Vlog’ Pertama, Jung Yonghwa CNBLUE Buka Saluran YouTube Peribadi

Muat Naik ‘Vlog’ Pertama, Jung Yonghwa CNBLUE Buka Saluran YouTube Peribadi

yonghwa cnblue youtube

Jung Yong-hwa CNBLUE telah melancarkan akaun YouTube peribadinya!

Penyanyi dan pelakon itu, telah membuka saluran YouTube peribadinya sendiri, dengan nama ‘Just Jung Yong Hwa’. Mengenai nama akaun Youtubenya, Yong-hwa menjelaskan,

Selepas berdebat dan berbincang mengenai nama saluran saya, saya memutuskan untuk ‘Just Jung Yong Hwa’. Ini bermakna saya akan menunjukkan diri saya dan kehidupan seharian saya melalui video saya! Walaupun saya mungkin tidak akan dapat memuat naik video dengan kerap, namun saya akan bekerja keras untuk kekal aktif. Selepas menyunting video dengan teliti, saya akan menyiarkan video pada hujung minggu ini.

Pada 22 Januari, Yong-hwa telah mengotakan janjinya, dengan memuat naik video ‘vlog’ yang mendokumentasikan perjalanannya baru-baru ini ke kampung halamannya di Busan.

Tonton video pertama Yong-hwa di atas, dengan sarikata bahasa Inggeris!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERYouTube
Loading...