Ikuti Kami:

Muat Naik Video Dengan Lagu ‘Pink Venom’, Taylor Swift Ternyata Minat BLACKPINK

Muat Naik Video Dengan Lagu ‘Pink Venom’, Taylor Swift Ternyata Minat BLACKPINK

BLINK pasti masih lagi dalam kegembiraan kan sekarang? Mana taknya BLACKPINK berjaya raih kemenangan kan… tapi, ada seorang artis antarabangsa yang mungkin boleh sertai ahli BLINK tau…

Kalau korang nak tahu, Taylor Swift pun sebenarnya menggemari kumpulan BLACKPINK! Baru-baru ini, tersebar satu video di mana kelihatan Taylor Swift turut menyanyi bersama sewaktu BLACKPINK membuat persembahan di MTV Video Music Awards 2022.

Malah, kalau ada yang mengikuti Taylor Swift di akaun rasmi Tiktoknya, mesti korang nampak dia menggunakan lagu “Pink Venom” ketika menunjukkan gaun pakaiannya pada majlis anugerah tersebut, dengan kapsyen,

I bring the pain like!

BLINK sebenarnya sangat gembira dengan interaksi antara Taylor Swift dan BLACKPINK kerana mereka berbangga dengan kejayaan yang dikecapi secara global. Malah, ada dalam kalangan peminat yang menginginkan kolaborasi antara BLACKPINK dan juga Taylor Swift sama seperti mereka bergandingan dengan Selena Gomez sebelum ini.

Hm, agak-agak dorang akan kolaborasi tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...