Ikuti Kami:

Muat Naik Gambar Di Studio, G-Dragon Beri Petanda Kolaborasi Bersama Bintang Rock Terkenal Jepun

Muat Naik Gambar Di Studio, G-Dragon Beri Petanda Kolaborasi Bersama Bintang Rock Terkenal Jepun

Kemas kini terbaru di Instagram telah mencetuskan spekulasi mengenai kerjasama G-Dragon bersama bintang rock Jepun, Yoshiki untuk albumnya yang akan datang.

Pada 20 Januari, Yoshiki yang merupakan salah seorang ahli kumpulan rock X, telah membuat hantaran gambar dirinya bersama G-Dragon dengan kapsyen,

Rakaman di studio saya.

Di mana, G-Dragon telah memberi respon terhadap hantaran tersebut dengan meninggalkan beberapa ’emoji’.

Pada masa yang sama, ahli kumpulan BIGBANG itu turut berkongsi foto di akaun media sosialnya sendiri, memaparkan gambar dirinya dan Yoshiki yang diambil daripada belakang.

gd yoshiki

Perkara ini sekaligus telah menimbulkan spekulasi mengenai kerjasama antara kedua-dua penyanyi terkenal ini.

Malah, dengan status Yoshiki sebagai penyanyi rock terkenal di Jepun, peminat merasakan bahawa G-Dragon mungkin akan menggabungkan elemen rock atau band ke dalam lagunya dan mencipta genre baru untuk album yang akan datang.

Tak sabarnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...