Rasanya agak susah untuk melihat pasangan kesayangan ramai iaitu Hyunbin dan Son Ye-jin bergambar bersama kan?
Terbaru, pelakon wanita itu telah memuat naik beberapa gambar di Instagram miliknya bagi berkongsi dengan peminat mengenai keadaan terbarunya.
Nampak gembira tersenyum di dalam setiap gambar, malah peminat gembira melihat foto Hyunbin yang turut terselit di dalam entri itu.
Namun ramai yang tertanya-tanya mengapa Son Ye-jin menutup wajah Hyunbin dengan emoji meskipun ramai yang sudah pun mengetahui siapakah gerangan suaminya itu.
View this post on Instagram
Komen netizen,
- Cantiknya dia tanpa solekan.
- Mereka nampak bahagia sangat.
- Comel gambar dorang.. kenapa Son Ye-jin tutup muka Hyunbin?
- Mereka sesuai dengan satu sama lain.
- Kami nak tengok muka Hyunbin juga.
Pasangan kesayangan semua!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.