Ikuti Kami:

Muat Naik Foto Ketika Jogging, Netizen Puji Badan Langsing Kim Haneul Meskipun Sudah Bergelar Ibu

Muat Naik Foto Ketika Jogging, Netizen Puji Badan Langsing Kim Haneul Meskipun Sudah Bergelar Ibu

Kecantikan pelakon wanita Korea sememangnya menjadi dambaan ramai wanita lain di luar sana. Bayangkan usia dah pun melepasi 40-an tapi mereka masih lagi tampil awet muda dan ‘fresh’. Macam masih lagi berada dalam lingkungan usia 20-an!

Sama juga dengan pelakon Kim Ha-neul yang ada berkongsi beberapa gambar terbaru menerusi laman Instagram miliknya. Peminat nyata terpegun melihat badannya yang kekal ramping tanpa lipatan lemak langsung! Malah legging yang dipakainya menekankan lagi tubuh badannya yang ideal selain kaki yang panjang.

kim haneul langsing kim haneul langsingKalau anda nak tahu, Kim Ha-neul kini sudah pun berusia 43 tahun dan sudah 4 tahun berkahwin. Jangan terkejut kerana pelakon wanita ini sudah pun mempunyai zuriat sendiri iaitu anak perempuan berusia 2 tahun. Nampak tak, betapa hebatnya Kim Ha-neul mengekalkan kecantikannya meskipun sudah bergelar ibu.

Sesiapa yang rindu nak melihat lakonan Kim Ha-neul, jangan lupa menonton drama “18 Again” yang bakal ditayangkan di JTBC bermula 7 September nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...