Utama Celebrity News Muat Naik Foto IV Drip, Peminat Risaukan Kesihatan Jessi

Muat Naik Foto IV Drip, Peminat Risaukan Kesihatan Jessi

jessi

Kehidupan sebagai selebriti bukannya mudah, mungkin nampak glamor tapi banyak kekangan yang dialami mereka.

Pernah mengadu perlu mendapatkan IV drip sebelum ini kerana keletihan dan kurang tenaga, Jessi sekali lagi membuatkan peminat risau apabila memuat naik gambar bag seperti IV drip di Insta Story.

Hal ini membuatkan ramai risau dengan penyanyi itu yang mungkin terlalu penat bekerja sehingga memerlukan rawatan tersebut. Kalau anda nak tahu, Jessi pernah memberitahu bahawa dia pergi ke hospital selama 6 hari berturut-turut bagi mendapatkan rawatan berkenaan pada Januari lalu.

jessi iv drip

Rata-rata peminat mendoakan kesembuhannya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Loading...