Ikuti Kami:

Muat Naik Foto Di Rumah, Hubungan Cinta Lee Jooyeon & G-Dragon Kembali Diperkatakan

Muat Naik Foto Di Rumah, Hubungan Cinta Lee Jooyeon & G-Dragon Kembali Diperkatakan

Khabarnya G-Dragon kembali ‘bercinta’ dengan bekas ahli After School, Lee Joo-yeon.

Baru-baru ini, dalam satu laman komuniti, timbul andaian bahawa G-Dragon dan Lee Joo-yeon mungkin telah berhubung semula. Ini berpunca daripada latar belakang dalam swafoto yang dimuat naik oleh wanita itu, yang kelihatan serupa dengan perhiasan rumah G-Dragon.

Segalanya bermula pada 27 April lalu apabila Lee Joo-yeon memuat naik foto swafoto di akaun peribadinya. Dalam gambar itu, dia kelihatan duduk di atas sofa hitam bersama seekor kucing, sambil memandang ke arah kamera.

Melihat gambar itu, para peminat mengesyaki bahawa susunan sofa dan bingkai gambar di dalam foto berkenaan menyerupai dekorasi rumah ahli BIGBANG berkenaan. Mereka juga mendapati kucing dalam foto tersebut memakai skarf yang serupa dengan milik kucing peliharaan G-Dragon.

g-dragon scandal

Ini bukan kali pertama G-Dragon dan Lee Joo-yeon dikaitkan dengan khabar angin bercinta. Kalau diikutkan, ini kali ke-4 percintaan, minat terhadap hubungan mereka kembali hangat berikutan spekulasi terbaru ini.

Sementara itu, G-Dragon sebelum ini pernah terlibat dalam lapan gosip percintaan sejak Ogos 2010, bermula dengan model terkenal Jepun Mizuhara Kiko. Beliau juga pernah dikaitkan dengan model China Angelababy, Taeyeon dari Girls’ Generation, model dan pelakon Jepun Komatsu Nana, Sandara Park dari 2NE1, dan Jennie dari BLACKPINK.

Korang rasa betul ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   TV Report

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...