Ikuti Kami:

Muat Naik Foto Dalam Studio Rakaman, G-Dragon Beri Petunjuk Untuk Comeback Solo?

Muat Naik Foto Dalam Studio Rakaman, G-Dragon Beri Petunjuk Untuk Comeback Solo?

Mesti ramai yang teruja nak tunggu solo comeback dari G-Dragon, kan?

Terbaru pada 22 Jun, G-Dragon telah memuat naik fotonya memakai fon kepala dan sedang merakam atau menghasilkan muzik di studionya pada jam 4:33 pagi, memberi harapan buat peminat bahawa penyanyi kegemaran ramai itu akan kembali menyapa orang dengan lagu baharu.

Sebelum ini, apabila ditanya mengenai kemunculan semula solonya, G-Dragon memberitahu menerusi agensinya YG Entertainment,

Saya sentiasa mengusahakan album.

g-dragon

Sejurus selepas foto yang dimuat naik G-Dragon itu tersebar di media sosial, peminat nampaknya tidak dapat menyembunyikan rasa teruja mereka. Antara reaksi peminat:

Dia benar-benar akan mengotakan janjinya kepada peminat bahawa dia akan kembali.

 

Saya tertanya-tanya lagu apa yang dia akan keluarkan kali ini.

 

Akhirnya! Saya sangat bersedia untuk kemunculan semulanya.

Jika G-Dragon kembali dengan lagu solo tak lama lagi, bermakna ia kira-kira 5 tahun selepas album solo terakhirnya “KWON JIYONG” yang dikeluarkan pada 2017.

Tak sabarnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...