Ikuti Kami:

Muat Naik Foto Berdua Bersama Han Sohee, Jeon Jongseo Dikritik Kerana Isu Ini?

Muat Naik Foto Berdua Bersama Han Sohee, Jeon Jongseo Dikritik Kerana Isu Ini?

Nampaknya, persahabatan antara Han So-hee dan Jeon Jong-seo semakin akrab kini.

Terbaru, Jeon Jong-seo telah memuat naik beberapa foto berdua bersama Han So-hee, yang diambil ketika di dalam kereta.

Meskipun ramai teruja melihat hubungan rapat antara kedua pelakon itu, Jeon Jong-seo tidak semena-mena dikritik kerana dia didakwa tidak memakai tali pinggang keledar dalam hantaran yang dikongsi.

Namun, pelakon wanita terus menutup mulut orang ramai dengan memuat naik foto dari hari yang sama, yang diambil dari sudut berbeza di mana dia jelas memakai tali pinggang keledar dan tidak melanggar undang-undang jalan raya. Tulisnya,

Saya memakai tali pinggang keledar, jangan risau 🖤👮🏻‍♀️👌🏻

han sohee jeon jongseo

Malahan, agensi Jeon Jong-seo juga menjelaskan,

Foto yang dikeluarkan itu telah menimbulkan salah faham kerana dia kelihatan seperti tidak memakai tali pinggang keledar. Selepas memeriksa dengan Jeon Jong-seo sendiri, memang benar dia memakainya pada hari itu.

Sementara itu, Han So-hee dan Jeon Jong-seo akan terajui drama “Project Y” yang akan menggambarkan hasrat dua rakan sebaya untuk mencuri 8 bilion jongkong emas dan meninggalkan tempat kejadian buat kali terakhir.

Tak sabar nak tengok gandingan diorang nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Sports Chosun

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...