Ramai kan yang nak sambungan “Moving”?
Disney+ dilaporkan merancang untuk melaburkan lebih daripada 50 bilion won (RM159.7 juta) dalam pengeluaran musim ke-2. Ini merupakan jumlah pelaburan terbesar Disney+ dalam kandungan Korea setakat ini.
Menurut laporan media, Disney+ telah mencapai persetujuan sementara dengan Kang Full, penulis asal “Moving”, untuk menghasilkan musim kedua dan kini sedang dalam perbincangan lanjut.
“Moving” dinilai sebagai karya paling berjaya yang dilancarkan oleh Disney+ di Korea. Ia mencatatkan masa tontonan tertinggi pada minggu pertama tayangannya di rantau Asia Pasifik, termasuk Korea, Jepun, Hong Kong, Taiwan, dan Asia Tenggara.
Nantikan maklumat lanjut.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.