Ikuti Kami:

‘Move To Heaven’ & ‘Sweet Home’ Rebut Pelbagai Anugerah Di ‘2021 Asia Content Awards’

‘Move To Heaven’ & ‘Sweet Home’ Rebut Pelbagai Anugerah Di ‘2021 Asia Content Awards’

Umum mengetahui bahawa Asia Content Awards merupakananugerah yang diadakan pada saban tahun bagi meraikan pelbagai naskhah yang ditayangkan di Asia.

Untuk tahun ketiga ini, kandungan Korea membuktikan kehebatan mereka apabila berjaya merebut pelbagai anugerah di mana siri asal Netflix “Sweet Home” dan “Move To Heaven” berjaya membawa pulang tiga anugerah masing-masing.

Bagi drama menyentuh perasaan “Move To Heaven”, ianya meraih anugerah bagi kategori ‘Kreatif Terbaik’, ‘ Penulis Terbaik’ dan ‘Pelakon Lelaki Terbaik’ (Lee Je-hoon).

Ucap Lee Je-hoon,

Adalah kebahagiaan besar bagi saya ramai orang semasa membawa watak Jo Sang-goo dalam ‘Move To Heaven’, tapi saya berpeluang untuk menerima anugerah ‘Pelakon Lelaki Terbaik’, saya berterima kasih sangat. Pengarah, penulis, produser, pelakon serta kru produksi melakukan yang terbaik untuk menghasilkan drama ini. Akhir sekali, saya mahu berterima kasih kepada penonton.

netflix move to heaven

Untuk drama tegang mengenai raksasa membunuh, “Sweet Home” telah membawa pulang anugerah bagi kategori ‘Anugerah Populariti’ (Song Kang), ‘Pencapaian Teknikal’ dan ‘Pelakon Wanita Baru Terbaik’ (Go Min-si).

Ucap Song Kang,

Terima kasih sangat. 2021 merupakan tahun yang sangat bermakna buat saya. Saya berterima kasih kepada pengarah, staf dan rakan pelakon yang membantu saya sehingga ke tahap ini. Semua, semoga alami tahun yang baik.

netflix sweet home

Tahniah buat dua drama ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...