Lagi tentang kes jenayah di korea yang sampai sekarang masih misteri.
Korang tahu tak ‘Mashimaro’ ni apa?
Mashimaro ialah satu watak kartun comel dan ianya bukan sesuatu yang korang akan terfikir untuk kaitkan dengan pembunuh. Walaubagaimanapun, ia adalah satu mimpi ngeri bagi hidup seseorang yang berkait rapat dengan kematian seorang wanita!
Kronologi
Pada 7 Jun 2005, seorang tukang cuci sedang membersihkan sampah di kawasan kejiranan di Yangcheon seperti biasa sehingga dia terjumpa sebuah guni besar di sebelah tong sampah. Setelah diperiksa lebih dekat, dia melihat sepasang tangan pucat terkeluar dari guni.
Tukang cuci mengandaikan hanyalah tangan mainan dan cuba mengambil guni itu, tetapi ia terlalu berat. Merasakan ada sesuatu yang tidak kena, dia menyentuh ‘mainan’ itu dan menyedari bahawa ia adalah tubuh manusia.
Dalam satu temu bual, Park Seong-yeol, seorang detektif pembunuhan, mendedahkan bahawa mayat ditemui dengan beg plastik hitam diikat di atas kepala. Terdapat kesan gigitan di dada wanita itu. Selain itu, 2 tuala wanita dan beberapa tisu ditemui di dalam badannya. Tambah detektif itu lagi, mangsa telah diserang secara seksual tetapi tiada air mani atau DNA ditemui.
Identiti mangsa
Mangsa kemudiannya dikenali sebagai Kwon yang berusia 20 tahun paada ketika itu. Punca kematian ditentukan kerana sesak nafas. 6 bulan kemudian, pada 11 November 2005, polis menerima panggilan mengenai satu lagi mayat.
Kali ini, mayat itu ditemui di luar sebuah restoran. Pemilik restoran itu menemui bungkusan pelik di luar restorannya. Seperti tukang cuci tadi, dia menganggap bungkusan itu hanya sampah biasa tetapi ia kelihatan mencurigakan dan menghubungi polis.
Mangsa ini pula dikenali sebagai Lee. Sama seperti mangsa sebelumnya, Lee dibungkus menggunakan beg plastik hitam yang diikat di kepalanya dan punca kematiannya juga adalah sesak nafas.
Dalam temu bual lain, profesor undang-undang Yoo Seong-ho menyatakan bahawa terdapat banyak persamaan antara 2 kes tersebut. Wanita itu cedera di tempat yang sama, dan punca kematian juga sama.
Modus operandi suspek
Selain itu, pakar psikologi jenayah Pyo Chang-won berkata bahawa kaedah yang digunakan untuk menyembunyikan mayat adalah serupa dan ia bukan sesuatu yang boleh dilakukan dengan mudah.
Jenis simpulan yang digunakan untuk menyembunyikan mayat mangsa boleh menjadi petunjuk kepada identiti pembunuh. Simpulan itu seolah-olah diikat oleh seseorang yang tahu cara mengikat simpulan secara profesional, jadi pelakunya mungkin bekerja dalam pekerjaan yang melibatkan kotak pembungkusan atau bungkusan lain.
Anehnya, satu hujung simpulan dipotong pendek menjadikannya lebih mudah untuk dirungkai. Park Ji-sun, seorang profesor psikologi sosial berkata bahawa ini boleh menjadi tabiat yang disebabkan oleh profesion pelakunya.
Satu lagi persamaan antara 2 kes itu ialah lokasi terakhir mangsa yang berjaya dijejaki iaitu Stesen Shinjeong. Sementara itu, kedua-dua jenayah juga berlaku pada hujung minggu.
Mangsa ke-3 gagal dibunuh
Pada 31 Mei 2006, 6 bulan selepas pembunuhan ke-2, pembunuh itu menyerang lagi di Stesen Shinjeong. Kali ini, rancangan pembunuh itu gagal. Pada hari itu, mangsa telah diculik dan dibawa ke bilik bawah tanah yang gelap. Semasa penculiknya pergi ke tandas, dia menyelongkar pintu yang kebetulan tidak berkunci.
Dia berlari ke tingkat 2 bangunan itu dan bersembunyi di sebalik rak kasut. Di sana, dia melihat pelekat Mashimaro di rak kasut serta pasu bunga di atasnya. Pasu bunga itu seolah-olah dibuat oleh seorang kanak-kanak.
Berdasarkan kenyataan mangsa ke-3 itu, penyiasat menyedari bahawa suspek ini tidak bekerja seorang diri malah dibantu oleh lelaki lain. Mangsa menyebut bahawa dia mendengar dan melihat 2 orang lelaki.
Selepas bersembunyi selama beberapa jam, dia melarikan diri dari bangunan itu dan menyorok di sebuah sekolah rendah. Dalam keadaan panik, dia tidak ingat di mana bangunan penculiknya dan dia juga tidak dapat mengingati jalan yang dia lalui.
Bagaimanapun, dia masih ingat melihat banyak tali di ruang bawah tanah tempat dia ditawan. Ini seolah-olah membuktikan bahawa pembunuh itu terlibat dalam perniagaan pembungkusan atau bekerja dalam kerja pembungkusan.
Identiti suspek
Disebabkan ini ialah kes yang sukar diselesaikan pihak polis, sebuah rancangan dokumentari penyiasatan di Korea telah menghebahkan bukti dan memanggil saksi pada 2015. Seorang wanita menelefon untuk mengatakan bahawa dia pernah tinggal di bangunan itu dan memiliki rak kasut dengan pelekat Mashimaro.
Dia berkata bahawa dia mengingati dengan jelas pelekat Mashimaro, serta pasu bunga yang diletakkan di atas rak kasut. Dia juga menyebut bahawa lelaki yang tinggal di rumah separa bawah tanah itu berusia 30-an dan tinggal bersendirian. Kadang-kadang, dia juga akan melihat lelaki lain bersamanya.
Sehingga kini, polis sedang menyiasat kes itu dengan mengumpul pelbagai maklumat dan bukti yang jelas untuk menangkap suspek. Walaubagaimanapun, ianya masih tidak dapat diselesaikan.
Harap suspek cepat ditangkap.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.k