Ikuti Kami:

Moon Gayoung Dilamar Sertai ‘Understanding Love’ Bersama Yoo Yeonseok

Moon Gayoung Dilamar Sertai ‘Understanding Love’ Bersama Yoo Yeonseok

Mungkinkah Moon Ga-young akan menjadi pasangan Yoo Yeon-seok di dalam drama JTBC “Understanding Love”?

Terbaru, dilaporkan bahawa pelakon wanita itu menerima tawaran untuk menerajui drama berkenaan. Respon agensinya,

‘Understanding Love’ ialah salah satu projek yang diteliti dengan positif.

Untuk pengetahuan, “Understanding Love” ialah drama curang noir mengenai empat watak iaitu Ha Sang-soo, Ahn Soo-young, Park Mi-kyung dan Jung Jong-hyun di mana kehidupan mereka berlatarbelakangkan Nara Bank cawangan Yeongpo yang baru sahaja menyambut ulang tahun pembukaan ke-99.

moon gayoung

Moon Ga-young dilamar untuk membawa watak Ahn Soo-young iaitu seorang pegawai bank tahun ke-4 di situ. Mempunyai penampilan yang menarik, dia menyembunyikan perasaan bencikan dunia di sebalik senyuman licik. Dia dikenali sebagai ‘dewi’ di cawangan Yeongpo kerana merupakan staf tercantik yang pernah menyertai bank itu. Bahkan dia berjaya memanjat ke pangkat pengurus sepenuh masa selepas hanya bekerja sebagai pekerja separuh masa pada 4 tahun lalu. Dalam pada itu, dia meletakkan dinding yang tinggi lantas dikenali sebagai ‘wanita penuh khabar angin’ di situ.

Sebelum ini, Yoo Yeon-seok turut disahkan sedang meneliti tawaran untuk membintangi drama ini sebagai watak Ha Sang-soo.

Adakah mereka akan berpasangan, sama-sama kita nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...