Khabarnya, Moon Ga-young telah dipilih sebagai watak utama dalam drama “Seocho-dong”
Kongsi seorang pegawai produksi drama,
Moon Ga-young akan membintangi drama baru ‘Seocho-dong’ sebagai watak utama. Dia dijangka memainkan watak Kang Hee-ji.
Respon agensi pelakon itu,
Kami sedang menimbangkan secara positif.
“Seocho-dong” mengisahkan tentang peguam-peguam yang bekerja di sebuah firma guaman. Dalam drama ini, watak Kang Hee-ji yang dimainkan oleh Moon Ga-young adalah seorang peguam yang telah bekerja selama dua tahun di firma guaman Jo-hwa dan digambarkan sebagai seseorang yang berkeyakinan diri dan jujur.
Sebelum ini, dilaporkan bahawa Lee Jong-suk turut menerima tawaran untuk menyertai drama ini. “Seocho-dong” dijadualkan untuk tayangan pada tahun hadapan.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.