Ikuti Kami:

‘Money Heist’ Versi Korea Didedahkan Kini Dalam Pembikinan

‘Money Heist’ Versi Korea Didedahkan Kini Dalam Pembikinan

Rasanya ramai yang minat gila dengan drama “Money Heist” yang berasal daripada Sepanyol dan merupakan siri yang popular di Netflix. Membawa kisah seorang profesor yang merekrut 8 orang yang mempunyai pelbagai kemahiran untuk melakukan rompakan secara besar-besaran.

Dengar cerita, naskhah hebat ini akan diadaptasi kepada versi Korea pula tak lama lagi. Bakal dihasilkan oleh BH Entertainment dan agensi produksi ZIUM Contents, mereka kini sudah pun memulakan perbincangan mengenai proses pembikinan drama tersebut bersama Netflix.

money heist korea

“Money Heist” bukan sahaja berjaya mencuri hati penonton di Korea bahkan juga di seluruh dunia. Setiap kali tayangan pasti drama tersebut akan menjadi sebutan ramai di serata laman media sosial. Hebat sungguh penangan drama Sepanyol ini!

Selepas mendengar berita yang “Money Heist” bakal diadaptasi semula ke versi Korea, ramai peminat yang dah teruja dengan plot cerita dan juga barisan pelakon yang bakal menghiasi naskhah itu nanti. Tambahan pula ramai yang sepertinya mahukan Jo Jin-woong menggalas tugas watak Profesor kerana kehebatan lakonannya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...