Tahniah buat Han Hye-jin!
Pada 3 Disember, model terkenal Han Hye-jin telah membuat penampilan di rancangan “My Little Old Boy” di mana dia sedang mencuba untuk membuat ‘Gochujang’ (pes lada Korea) bersama ibunya.
Namun, ketika sedang leka membuat pes itu, dia telah ditanya soalan mengenai perkahwinannya.
Tanya ibu model tersebut,
Awak bila nak berkahwin? Takkan la nak habiskan hari awak dengan membina rumah yang kosong saja?
Han Hye-jin membalas,
Ye saya memang nak kahwin!
Tambahnya,
Saya akan berkahwin pada 10 Oktober tahun 2033.
Berasa terkedu dengan gurauan anaknya, ibu kepada model itu menyatakan hasratnya untuk memperkenalkan Han Hye-jin kepada anak kawannya. Tetapi, ianya ditolak oleh model itu.
Terlebih dahulu, Han Hye-jin pernah menjalani hubungan percintaan bersama dengan pengacara terkenal Korea, Jeon Hyun-moo ketika mereka berdua terlibat di dalam rancangan “I Live Alone”.
Namun, hubungan itu tidak berkekalan selepas kedua-dua mereka mengumumkan sudah berpisah pada tahun 2019. Malah, Han Hye-jin juga meninggalkan rancangan tersebut sejurus selepas perpisahan mereka.
Ala…Baru je nak teruja sebab Han Hye-jin nak kahwin!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.