Ikuti Kami:

Miyeon (G)I-DLE Rilis OST Buat Drama ‘Moonshine’

Miyeon (G)I-DLE Rilis OST Buat Drama ‘Moonshine’

Mi-yeon (G)I-DLE ialah salah seorang idola K-Pop yang mempunyai vokal yang indah kan?

Baru-baru ini, ahli kumpulan popular (G)I-DLE Mi-yeon, telah meminjamkan suaranya untuk runut bunyi Bahagian 8, buat siri drama sejarah KBS2 yang sedang berlangsung, “Moonshine”.

OST bertajuk “Someday” yang dinyanyikan oleh Mi-yeon, menggambarkan perasaan pasangan kekasih yang merindui satu sama lain dari jarak yang jauh. Lagu ini menggabungkan bunyi piano lembut, dan diiringi oleh melodi dan vokal Mi-yeon yang hangat dan indah.

Sementara itu, “Moonshine” ialah drama yang dibintangi oleh Yoo Seung-ho, Hye-ri, Kang Mina dan ramai lagi, kini disiarkan setiap malam Isnin dan Selasa di KBS2.

Jom dengar OST “Someday” nyanyian Mi-yeon di atas!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...