Ikuti Kami:

Misteri Terjawab, ‘Link: Eat, Love, Kill’ Tamat Dengan Rating Rendah

Misteri Terjawab, ‘Link: Eat, Love, Kill’ Tamat Dengan Rating Rendah

Berbelas minggu menemani hari-hari penonton, akhirnya “Link: Eat, Love, Kill” menamatkan tayangannya kelmarin.

Sinopsis

“Link: Eat, Love, Kill” ialah drama mengenai seorang lelaki yang mula merasai pelbagai emosi dilalui seorang wanita. Drama ini akan mengikuti kisah yang terurai apabila dia mula melalui pengalaman gembira, sedih dan sakit bersama wanita itu.

Konflik terungkai

[Amaran SPOILER]

Eun Gye-hoon dan No Da-hyun tidak mampu menolak rasa cinta yang kuat antara mereka lantas kembali bersama akhirnya. Dalam pada itu, pencarian adik lelaki itu masih belum berakhir walaupun Lee Young-hun akhirnya ditangkap namun merahsiakan perihal 18 tahun lalu.

tvn link: eat love kill

Pun begitu, daripada klu yag diberikan, mayat kanak-kanak tersebut berjaya dijumpai dan berakhir penantian Eun Gye-hoon yang sekian lama cuba menyelesaikan misteri ini. Malah dia kembali berbaik dengan penduduk kejiranan itu walaupun kesemua mereka menyimpan luka yang sama.

Di penghujungnya, Eun Gye-hoon dan No Da-hyun menjalani liku cinta yang kekok dek ‘connection’ mereka yang hilang selepas kejadian itu.

Rating rendah

Hanya mampu berlegar-legar dalam lingkungan rating 1% ke 2% sahaja, “Link: Eat, Love, Kill” tamat dengan catatan 2.2%.

tvn link: eat love kill

Menurut pandangan penonton, mereka menyukai lakonan yang ditonjolkan teraju utamanya namun merasakan plot drama ini kurang menyengat dan agak sukar difahami semua.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...