Ikuti Kami:

Misteri Roh ‘Huni’ Kampung Aneh Selagi Mayat Tak Ditemui, Episod Awal ‘Missing: The Other Side’ Raih Rating Baik

Misteri Roh ‘Huni’ Kampung Aneh Selagi Mayat Tak Ditemui, Episod Awal ‘Missing: The Other Side’ Raih Rating Baik

Belum lagi ‘move on’ daripada drama “Money Game”, Go Soo kini kembali menyapa penonton K-Drama dengan sebuah naskhah mistik terbaru yang ditayangkan di OCN.

Sinopsis “Missing: The Other Side”

Drama fantasi misteri ini berlatar belakangkan sebuah perkampungan yang dihuni oleh roh yang hilang ketika mereka masih lagi hidup. Bagi membongkar misteri ini, sekumpulan individu telah berkumpul bagi mencari mayat yang hilang dan cuba mencari tahu nasib mereka sebelum dibawa ke sana.

episod awal missing: the other side

Kim Wook (Go Soo) seorang penipu telah bergabung tenaga dengan Jang Pan-seok (Heo Joon-ho) dan merentasi jambatan di antara dunia nyata dan perkampungan misteri itu. Lee Jung-ah (Ahn So-hee) pula menjalani dua kehidupan yang berbeza iaitu seorang pekerja kerajaan normal pada siangnya dan berubah menjadi penggodam apabila malam menjelma. Dengan bakat yang ada, wanita itu membantu Kim Wook menyelesaikan segala misteri yang ada.

Episod awal dah mendebarkan

Dalam episod pertama, Kim Wook berdepan dengan bahaya apabila dia diburu oleh seorang lelaki misteri yang mahu membunuhnya. Walaubagaimanapun, semasa cuba melarikan diri, lelaki itu terserempak dengan sebuah perkampungan misteri yang aneh dan lain daripada yang lain.

episod awal missing: the other side

Pelindung kampung itu iaitu Jang Pan-seok (Heo Joon-ho) mula berasa tak senang duduk apabila Kim Wook mampu melihat roh yang berkeliaran di situ. Mulanya keliru, penipu tersebut terkesima apabila manusia yang wujud di situ mula ghaib menjadi asap debu di hadapannya. Lagi mendebarkan apabila Kim Wook membongkar rahsia bahawa roh di situ akan naik ke atas apabila mayat mereka yang mati secara tidak adil dijumpai daripada tempat asalnya.

Premis misteri bercampur fantasi ini nyata berjaya menarik perhatian ramai penonton! Malahan lakonan Ahn So-hee yang sering menerima kritikan sebelum ini turut mendapat pujian selepas tayangan 2 episod awal “Missing: The Other Side” ini. Bahkan rating yang dicatatkan juga boleh tahan baik iaitu 1.7% untuk episod pertama dan menaik ke 2.5% ketika episod keduanya.

episod awal missing: the other side

Siapa yang minat cerita misteri seperti ini, jangan lupa untuk tonton “Missing: The Other Side”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...