Ikuti Kami:

Misteri & Kelakar, ‘Police University’ Terus Raih Rating Tertinggi Saban Episod

Misteri & Kelakar, ‘Police University’ Terus Raih Rating Tertinggi Saban Episod

Nampaknya “Police University” menerima perhatian yang ramai sejak ditayangkan pada 2 minggu lalu.

Drama ini menceritakan siasatan yang kelam-kabut berlaku apabila Yoo Dong-man (Cha Tae-hyun) seorang profesor di universiti kepolisan elit bergabung tenaga dengan dua pelajarnya. Seorang ialah Kang Sun-ho (Jin-young), si bijak pandai dan si penggodam, Oh Kang-hee (Krystal).

Sudah 4 episod ditayangkan, naskhah ini terus memecahkan rekod peribadi ratingnya pada setiap tayangan. Bahkan epiosd terbaru ini menunjukkan peningkatan mendadak apabila melonjak naik sebanyak 1.7% dan mencatatkan rating sebanyak 8.5%.kbs police universityMenurut respon penonton, kebanyakan daripada mereka tidak terlepas menonton “Police University” kerana keserasian di antara Krystal dan Jin-young. Malah Cha Tae-hyun juga nampak padan berlakon bersama anak muridnya meskipun mereka berbeza umur. Drama ini juga yang dipenuhi dengan momen misteri mampu membuatkan penonton bertenang dengan beberapa babak kelakarnya. Memang best sangat!

Korang kena layan drama ini, serius rugi kalau tak tonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...