Ikuti Kami:

Misteri & Kelakar, Episod Awal ‘Ghost Doctor’ Raih Rating Memuaskan

Misteri & Kelakar, Episod Awal ‘Ghost Doctor’ Raih Rating Memuaskan

Pastinya ramai dah nantikan Rain untuk kembali berlakon dalam drama kan? Sudah tentu semua telah menonton episod awal “Ghost Doctor” kan?

Sinopsis

Drama perubatan fantasi ini membawa kisah apabila seorang doktor pandai yang berlagak, seorang doktor residen kaya yang tidak menyedari tanggungjawabnya serta dua doktor lain dengan latarbelakang dan kemahiran yang ekstrem berkongsi satu badan yang sama.

Pertemuan mengujakan

[Amaran SPOILER]

Cha Young-min (Rain) dan Go Seung-tak (Kim Bum) merupakan dua doktor yang berbeza perangai. Seorang ialah genius namun sambung manakala seorang lagi ceria tetapi gugup dan merupakan pewaris hospital berkenaan. Kedua mereka memulakan hubungan yang tidak disangka apabila Cha Young-min mengalami kemalangan namun dia diselamatkan oleh tindakan pantas Go Seung-tak walaupun lelaki itu sering mengelak apabila disuruh melakukan pembedahan. Namun tidak disangka sebenarnya roh Cha Young-min telah memasuki badan Go Seung-tak untuk meneruskan pembedahan pada badannya sendiri.

tvn ghost doctor

Rating baik

Untuk tayangan awal ini, “Ghost Doctor” berjaya meraih rating yang stabil iaitu 4.432% bagi episod pertama sebelum menaik sedikit pada 4.507% untuk episod seterusnya. Catatan yang konsisten ini membuktikan bahawa drama berkenaan sudah mendapat penonton setia yang menantikan setiap episod barunya.

Korang dah layan belum?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...