Ikuti Kami:

“Misoo.. Saya Rindu Awak” – Sahabat Di Universiti, Anupam Tripathi Kongsi Mesej Buat Mendiang Kim Misoo

“Misoo.. Saya Rindu Awak” – Sahabat Di Universiti, Anupam Tripathi Kongsi Mesej Buat Mendiang Kim Misoo

Nampaknya ramai pelakon turut bersedih atas kematian Kim Mi-soo.

Pada 11 Januari, Anupam Tripathi dari “Squid Game”, telah memuat naik gambar yang diambilnya bersama Kim Mi-soo ketika dia masih hidup dan menulis,

Rehat dengan damai kawanku Kim Mi-soo. Senyuman Mi-soo selamanya sangat indah…

Ia adalah gambar swafoto yang diambil ketika Kim Mi-soo datang untuk melihat persembahan Anupam Tripathi. Anupam dan Kim Mi-soo keduanya adalah alumni tahun 2011 di Universiti Seni Kebangsaan Korea. Pada masa ‘selfie’ ini didedahkan, Kim Mi-soo menulis,

Kawan saya Ppam oppa. Ini adalah kali pertama saya menonton persembahan di luar dan terima kasih kerana menunjukkan kepada saya lakonan yang begitu hebat. Saya sayang awak.

Dalam catatan untuk mengenang Kim Mi-soo, Anupam berkongsi,

Kawan saya, awak pasti sedang berseronok di teater tempat awak berada sekarang. Apabila masa berlalu, kami juga akan menyertai awak…Mi-soo ah, saya rindu awak.

Entri serta kapsyen yang dibuat oleh Anupam telah membuatkan ramai orang turut bersedih, dan berduka cita atas kematian mendiang Kim Mi-soo.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...